
Sambutan Hari Merdeka dan Hari Kebangsaan 2025 membawa tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” yang menekankan nilai perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat sebagai teras pembangunan negara. Tema ini mencerminkan aspirasi Malaysia untuk terus membina sebuah masyarakat inklusif berteraskan prinsip MADANI — kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Melalui semangat ini, program di peringkat komuniti seperti di Kampung Renyuk diharap dapat memperkukuh ikatan persaudaraan, menzahirkan rasa cinta tanah air serta menghidupkan makna sebenar kemerdekaan.