| Nama : AISHAH BINTI HARUN Umur : 32 tahun Ahli NADI : 25/1/2018 Produk : Produk Makanan (Kek dan Roti) |
Latar Belakang
Merupakan anak jati Kampung Lubuk Bongor dan bekerja sendiri. Beliau menjalankan beberapa perniagaan dari rumah dengan menghasilkan produk makanan iaitu kek. Beliau mendaftar sebagai ahli NADI pada awal Januari 2018. Merupakan seorang pengguna dan peserta yang aktif dan sering menggunakan perkhidmatan NADI serta mengikuti aktiviti dan latihan yang disediakan sehingga kini. Beliau mengikuti pelbagai latihan dan bengkel keusahawanan yang ditawarkan oleh NADI demi meningkatkan lagi penguasaan dalam bidang ICT dan keusahawanan. Selain itu Aishah juga aktif menyertai kelas Mahir Masak yang dijalankan di NADI Kg Renyut. Seorang yang sangat komited dalam setiap sesi pembelajaran.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI
Saudari Aishah sebelum ini pernah mengikuti beberapa latihan serta program asas dan mempunyai kemahiran sederhana dalam bidang ICT. Beliau mengambil peluang mengikuti aktiviti dan latihan keusahawanan yang ditawarkan oleh pihak NADI demi menguasai teknik, meningkatkan kemahiran serta penambahan ilmu baharu dalam bidang keusahawanan.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI
Melalui latihan keusahawanan yang disertai di NADI dan juga bimbingan secara langsung dan tidak langsung, beliau kini terus mahir dalam penggunaan komputer dan aplikasi internet serta mampu memaksimumkan lagi penguasaan dalam perniagaan melalui platform atau medium baharu seiring dengan perkembangan dan teknologi semasa.