| Nama : 1) Muhammad Danish Bin Mohd Yusran 2) Muhammad Syafiq Bin Rohadi 3) Ahmad Naufal Firdaus Bin Mohd Ahmad Azwan 4) SH. Mohammad Haikal Bin SH Sapawie 5) Muhammad Amir Akram Bin Mohd Sanusi 6) Aliff Fattah Bin Mohd Faizal Umur : 17 tahun Ahli NADI : 2015 Kumpulan : Squad Anomaly |
Latar Belakang
Mereka merupakan pelajar lepasan SPM di SMK Jeli 2. Merupakan pengguna yang aktif hadir dan menggunakan perkhidmatan NADI. Mereka mula hadir ke NADI Kampung Renyuk dan aktif menyertai pelbagai program yang disediakan oleh NADI semasa berada di bangku awal Sekolah Menengah.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI
Sebelum menyertai program NADI, mereka hanya mempunyai pengetahuan asas dalam bidang ICT. Pada ketika itu, mereka hanya mengikuti sebahagian kecil latihan dalam bidang ICT. Mereka mula mengambil pendekatan dan peluang dengan menghadiri secara aktif pelbagai latihan dan kemahiran yang diadakan secara atas dan luar talian di NADI Kampung Renyuk. Melalui latihan, kelas kesedaran dan pertandingan E-sukan, mereka telah diberi pendedahan dan bimbingan yang komprehensif merangkumi aspek sukan atas talian, kelas kesedaran dan panduan dan teknik dalam penganjuran dan pengurusan esukan. Penerapan ilmu dan pengetahuan ini membantu mereka memahami asas-asas penting dalam bidang E-sukan dan membuka peluang kemahiran kerjaya.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI
Selepas menyertai pertandingan dan kelas kesedaran, peningkatan hasil pengetahuan mereka dapat dilihat dengan baik. Mereka bukan sahaja memperoleh kefahaman yang lebih mendalam dalam bidang E-sukan, malah berjaya mengaplikasikan ilmu yang dipelajari itu kepada peserta-peserta lain. Melalui pendedahan tersebut mereka dapat memahami dan mengurus serta mampu menyusun semula halatuju minat dan kemahiran dengan lebih teratur dan berfokus.

