|
Nama : Wan Ayu Diana Binti Wan Omar Umur : 27 tahun Ahli PI : 2013 Produk : Bidara Syifa’ & Hai O |
Latar Belakang
Puan Wan Ayu Diana bekerja sendiri dengan menjalankan beberapa perniagaan secara kecil-kecilan seperti agen produk, dropship dan sebagainya. Beliau mula berjinak sebagai agen/dropship pada tahun 2015. Beliau mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2013. Beliau merupakan pengguna yang sangat aktif menggunakan perkhidmatan PI. Beliau juga mengikuti beberapa latihan dan bengkel yang ditawarkan oleh PI demi meningkatkan lagi penguasaan dalam bidang ICT dan keusahawanan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Puan Wan Ayu Diana sudah mempunyai asas pengetahuan dalam komputer dan juga internet. Demi meningkatkan lagi pengusaan yang sedia ada, beliau mengambil peluang untuk mengikuti latihan/ bengkel/ program yang ditawarkan oleh pihak PI.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui bengkel keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Renyuk, beliau kini mampu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan khususnya.


