|
Nama : Syamimi Binti Saari Umur : 19 tahun Ahli PI : 2015 Produk : Sabun Satis |
Latar Belakang
Merupakan pelajar semester 4 Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada awal tahun 2015. Merupakan antara pengguna aktif PI dan mengikuti program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI. Beliau mula aktif menjalankan perniagaan menjual Sabun Satis ini semasa melanjutkan pengajian di Politeknik pada tahun 2017. Seorang yang komited dalam setiap latihan yang disertai demi meningkatkan lagi penguasaan dalam bidang ICT dan juga keusahawanan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Mula mengikuti latihan komputer dan internet semasa Tingkatan 5 dan aktif menghadiri sesi pembelajaran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saudari Syamimi sebelum ini tidak pernah mengikuti mana-mana latihan ICT secara formal dan hanya mempunyai kemahiran asas sahaja. Beliau mengambil peluang mengikuti aktiviti dan latihan yang ditawarkan oleh pihak PI demi menguasai teknik dan ilmu baharu.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui latihan dan bengkel yang disertai serta bimbingan daripada PI Kg Renyuk, beliau kini mahir dalam pengunaan komputer dan internet serta mampu memaksimumkan lagi penguasaan dalam perniagaan melalui platform atau medium baharu seiring dengan perkembangan dan teknologi semasa.