|
Nama : Siti Salihah Binti Abd Rashid Umur : 19 tahun Ahli PI : 2013 Produk : Susu Kambing R-Rayyan |
Latar Belakang
Merupakan pelajar STPM di SMK Ayer Lanas dan mendaftar sebagai ahli PI sejak bermulanya operasi PI iaitu pada bulan November 2013. Merupakan pengguna aktif PI dan sering mengikuti program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI. Beliau mula aktif menjalankan perniagaan menjual produk Susu Kambing jenama R-Rayyan selepas tamat persekolahan (SPM) pada awal tahun 2018. Seorang yang komited dalam setiap latihan yang disertai demi meningkatkan lagi penguasaan dalam bidang ICT dan keusahawanan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Saudari Siti Salihah sebelum ini tidak pernah mengikuti mana-mana latihan ICT secara formal dan hanya mempunyai kemahiran asas sahaja. Beliau mengambil peluang mengikuti aktiviti dan latihan yang ditawarkan oleh pihak PI demi menguasai teknik dan ilmu baharu.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui latihan dan bengkel yang disertai serta bimbingan daripada PI Kg Renyuk, beliau kini mahir dalam pengunaan komputer dan internet serta mampu meningkatkan lagi penguasaan dalam perniagaan melalui platform atau medium baharu seiring dengan perkembangan dan teknologi semasa.