mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN (Q4 2020) 2

Nama         : Wan Ayu Diana binti Wan Omar

Umur          : 30 tahun

Ahli PI        : 2013

Produk       : Losyen Kerengga Dara

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang ibu yang bekerja sendiri dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan seperti agen produk, dropship, dan sebagainya. Mula berjinak sebagai agen/dropship pada tahun 2015. Mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2013. Merupakan antara pengguna aktif Pusat Internet yang sering menggunakan pekhidmatan PI. Beliau mula megikuti pelbagai latihan dan bengkel yang ditawarkan oleh pihak PI demi meningkatkan lagi pengusaan dalam bidang ICT dan keusahawanan. Beliau mula aktif menjalankan menjalankan perniagaan menjual losyen ini sebagai egen pada 2018 dan masih aktif sehingga sekarang. Seorang yang sangat komited dalam setiap sesi pembelajaran.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Saudari Ayu Diana sebelum ini pernah mengikuti latihan dan program serta beliau juga mempunyai kemhiran sederhana dalam bidang ICT. Beliau mengambil peluang mengikuti aktiviti dan latihan yang ditawarkan oleh pihak PI demi menguasai teknik dan ilmu baharu.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui latihan yang disertai terutamanya Bengkel Asas Shopee yang dianjurkan oleh pihak PI dan juga bimbingan secara langsung dan tidak langsung, beliau kini terus mahir dalam penggunaan komputer dan internet serta mampu memaksimumkan lagi penguasaan dalam perniagaan melalui platform atau medium baharu seiring dengan perkembangan dan teknologi semasa.