mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN (Q2 2019) 2

Nama         : Zuraida Binti Zainal Abidin

Umur          : 32 tahun

Ahli PI        : 2017

Produk       : Pink Lovess

Latar Belakang

Merupakan Guru Kafa di Sekolah Kebangsaan Kubur Datu dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan seperti agen produk, dropship dan sebagainya. Mula berjinak sebagai agen produk ini pada penghujung tahun 2018. Beliau mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada awal pertengahan tahun 2017. Mengikuti beberapa latihan, bengkel, program yang ditawarkan oleh PI demi meningkatkan lagi penguasaan dalam bidang ICT dan keusahawanan. Bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran dan pendapatan sampingan, belia mengambil ruang dan peluang yang ada menjadi agen dan menjual produk mengikut kehendak pasaran. Seorang yang komited dalam setiap latihan yang disertai demi meningkatkan lagi penguasaan dalam bidang ICT dan juga keusahawanan.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Puan Zuraida sebelum ini tidak pernah mengikuti mana-mana latihan ICT secara formal dan hanya mempunyai kemahiran asas sahaja. Beliau mengambil peluang mengikuti aktiviti dan latihan yang ditawarkan oleh pihak PI demi menguasai teknik dan ilmu baharu.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui latihan yang disertai dan juga bimbingan oleh Pusat Internet Kg Renyuk, beliau kini mahir dalam penggunaan komputer dan internet serta mampu meningkatkan lagi penguasaan dalam perniagaan melalui medium baharu seiring dengan perkembangan dan teknologi semasa.