mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN (Q2 2019)

Nama         : Afifa Izlam Bin Mohamad Nawi

Umur          : 19 tahun

Ahli PI        : 2016

Produk       : Penapis Air Cuckoo

Latar Belakang

Beliau merupakan pelajar lepasan STAM di Maahad Ayer Lanas As-Sobirin. Merupakan antara pengguna aktif Pusat Internet dan sering mengikuti latihan, program serta aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI. Beliau mula aktif menjalankan perniagaan sebagai Agen Penapis Air Cuckoo ini selepas tamat persekolahan iaitu pada awal tahun 2019 dan aktif sehingga sekarang. Aktif memasarkan produk ini melalui media sosial seperti aplikasi WhatsApp, Facebook dan lain-lain. Sambutan yang diterima amat memuaskan dan menggalakkan.. Seorang yang sangat komited dalam setiap sesi pembelajaran demi meningkatkan lagi penguasaan dalam bidang ICT dan juga keusahawanan.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Mula mengikuti Latihan Komputer & Internet selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)). Saudara Afifa sebelum ini tidak pernah mengikuti mana-mana latihan ICT secara formal dan hanya mempunyai kemahiran asas sahaja. Beliau mengambil peluang mengikuti aktiviti dan latihan yang ditawarkan oleh pihak PI demi menguasai teknik dan ilmu baharu.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui latihan yang disertai dan juga bimbingan oleh pihak PI Kg Renyuk, beliau kini mahir dalam penggunaan komputer dan internet serta mampu memaksimumkan lagi penguasaan dalam perniagaan melalui platform atau medium baharu seiring dengan perkembangan dan teknologi semasa.