mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN (Q1 2020) 2

Nama         : Syuhaini Binti Mohd Dzulkfli

Umur          : 22 tahun

Ahli PI        : 2014

Produk       : Pise Glow Skin Care

Latar Belakang

Beliau merupakan belia yang bekerja sendiri dan menetap di Kampung Sungai Seting, Jeli. Mula mengikuti latihan, program serta aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI pada penghujung tahun 2019. Beliau mula aktif menjalankan perniagaan atas talian sebagai Agen rangkaian produk ini pada pertengahan tahun 2019 dan aktif sehingga sekarang. Aktif memasarkan produk ini melalui media sosial seperti aplikasi WhatsApp dan lain-lain. Sambutan yang diterima amat memuaskan dan menggalakkan.. Seorang yang sangat komited dalam setiap sesi pembelajaran demi meningkatkan lagi penguasaan dalam bidang ICT dan juga keusahawanan.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Mula mengikuti Latihan Komputer & Internet pada tahun 2019. Saudari Syuhaini sebelum ini tidak pernah mengikuti mana-mana latihan ICT secara formal dan hanya mempunyai kemahiran asas sahaja. Beliau mengambil peluang mengikuti aktiviti dan latihan yang ditawarkan oleh pihak PI demi menguasai teknik dan ilmu baharu.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui latihan yang disertai dan juga bimbingan oleh pihak PI Kg Renyuk, beliau kini mahir dalam penggunaan komputer dan internet serta mampu memaksimumkan lagi penguasaan dalam perniagaan melalui platform atau medium baharu seiring dengan perkembangan dan teknologi semasa.