mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN (Q1 2020)

Nama         : Nur Adnin Binti Mohd Zaidi

Umur          : 20 tahun

Ahli PI        : 2015

Produk       : Choco Jar Viral

Latar Belakang

Beliau merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber Alam di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Mendaftar sebagai ahli Pusat Internet September 2015. Merupakan antara pengguna aktif Pusat Internet yang sering menggunakan pekhidmatan PI dan mengikuti latihan, program serta aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI. Merupakan agen kepada produk Choco Jar Viral dan kepada beberapa produk kecantikan lain. Beliau mula aktif menjalankan perniagaan menjual Choco Jar ini pada penghujung tahun 2019. Seorang yang sangat komited dalam setiap sesi pembelajaran demi meningkatkan lagi penguasaan dalam bidang ICT dan juga keusahawanan.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Mula mengikuti Latihan Komputer & Internet semasa Tingkatan 5 dan aktif menghadiri sesi pembelajaran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saudari Adnin sebelum ini tidak pernah mengikuti mana-mana latihan ICT secara formal dan hanya mempunyai kemahiran asas sahaja. Beliau mengambil peluang mengikuti aktiviti dan latihan yang ditawarkan oleh pihak PI demi menguasai teknik dan ilmu baharu.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui latihan yang disertai dan juga bimbingan oleh pihak PI Kg Renyuk, beliau kini mahir dalam penggunaan komputer dan internet serta mampu memaksimumkan lagi penguasaan dalam perniagaan melalui platform atau medium baharu seiring dengan perkembangan dan teknologi semasa.