|
Nama : Fatin Alia Binti Mohd Yunir Umur : 20 tahun Ahli PI : 2017 Produk : Pes Tom Yum Thai |
Latar Belakang
Merupakan pelajar lepasan STAM di Maahad As-Sobirin Ayer Lanas dan mendaftar sebagai ahli PI pada penghujung tahun 2017. Beliau mula aktif menjalankan perniagaan sebagai agen produk Pes Tomyam pada awal tahun 2018. Seorang yang sangat komited dalam setiap latihan yang disertai demi meningkatkan lagi penguasaan dalam bidang ICT dan juga keusahawanan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Saudari Fatin Alia sebelum ini tidak pernah mengikuti mana-mana latihan ICT secara formal dan hanya mempunyai kemahiran asas sahaja. Beliau mengambil peluang mengikuti aktiviti dan latihan yang ditawarkan pihak PI demi menguasai teknik dan ilmu baharu.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui latihan dan bengkel yang disertai serta bimbingan daripada PI Kg Renyuk, beliau kini mahir dalam pengunaan komputer dan internet serta mampu meningkatkan lagi penguasaan dalam perniagaan melalui platform atau medium baharu seiring dengan perkembangan dan teknologi semasa.