| NAMA | Muhammad Yusuf Mikhail Bin Mohd Rofli | UMUR | 12 |
| EMEL | – | NO TELEFON | 014-53442838 |
| ALAMAT | Kampung Sungai Renyut 17610 Jeli, Kelantan | TAHUN MENJADI AHLI NADI | 2019 |
Yusuf merupakan seorang pelajar berusia 15 tahun dari Kampung Renyuk. Seperti kebanyakan remaja seusianya, beliau aktif menggunakan telefon pintar dan internet untuk pembelajaran, hiburan serta berkomunikasi dengan rakan-rakan. Namun, pada peringkat awal, beliau kurang pendedahan tentang risiko penggunaan internet seperti penipuan dalam talian, keselamatan data peribadi dan etika berkomunikasi di media sosial.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum menyertai program NADI, adik Yusuf hanya mempunyai pengetahuan asas dalam bidang ICT. Pada ketika itu, mereka hanya mengikuti sebahagian kecil latihan dalam bidang ICT. Mereka mula mengambil pendekatan dan peluang dengan menghadiri secara aktif pelbagai latihan dan kemahiran yang diadakan secara atas dan luar talian di NADI Kampung Renyuk.
Apabila adik Yusuf menyertai Kempen Internet Selamat yang dianjurkan di NADI Kampung Renyuk, beliau mula memahami kepentingan menggunakan internet secara berhemah dan bertanggungjawab. Melalui ceramah, aktiviti interaktif dan perbincangan bersama fasilitator, beliau didedahkan kepada cara melindungi maklumat peribadi, mengenal pasti berita palsu, mengelakkan buli siber serta menggunakan media sosial dengan adab yang betul.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan NADI
Selepas menyertai pertandingan dan kelas kesedaran, peningkatan hasil pengetahuan mereka dapat dilihat dengan baik.
Mereka bukan sahaja memperoleh kefahaman yang lebih mendalam dalam internet, malah berjaya mengaplikasikan ilmu yang dipelajari itu kepada peserta-peserta lain.
Melalui pendedahan tersebut beliau dapat memahami dan mengurus serta mampu menyusun semula halatuju minat dan kemahiran dengan lebih teratur dan berfokus.


