|
Nama : Muhamad Asrul Bin Mohd Rafri Umur : 29 tahun Ahli PI : 2020 Latihan : Bengkel ICT, ILES, lain-lain. |
Latar Belakang
Merupakan seorang belia yang menetap di Kampung Sungai Renyuk, Jeli. Mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada Oktober tahun 2020. Merupakan seorang belia yang istimewa. Sebelum ini beliau tidak pernah mengikuti mana-mana kursus komputer. Mula mengikuti latihan pada Oktober tahun ini. Beliau tidak mempunyai pengetahuan asas tentang komputer dan juga internet. Namun setelah mengikuti kursus yang disediakan di Pusat Internet, beliau mampu menguasai sedikit penggunaan komputer dan juga internet dengan baik. Melalui pembelajaran ini, ia membolehkan beliau tranformasikan dirinya terus maju ke depan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Beliau tidak mempunyai pengetahuan dan ilmu asas tentang ICT. Banyak program/aplikasi dalam komputer yang belum diterokai dan dipelajari.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui latihan asas ICT dan aktiviti yang diberikan oleh Pusat Internet, beliau kini mampu menguasai ilmu asas komputer dan internet dengan lebih baik. Di samping itu, beliau juga dapat mempelajari ilmu dan pengetahuan baharu serta mampu aplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian. Beliau masih aktif mengikuti kursus dan latihan sehingga kini.


