|
Nama : Muhamad Alif bin Zulkifli Umur : 17 tahun Ahli PI : 2014 Latihan : Bengkel ICT, ILES, lain-lain. |
Latar Belakang
Merupakan seorang pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli 2 dan menetap di Kampung Lubok Bongor, Jeli. Mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada Oktober tahun 2014 lagi. Merupakan ahli yang aktif dan setia menggunakan perkhidmatan Pusat Internet serta aktiviti atau program yang dianjurkan oleh Pusat Internet . Sebelum ini beliau tidak pernah mengikuti mana-mana kursus komputer. Mula mengikuti latihan dan aktiviti sewaktu berada di awal sekolah menengah. Sebelum mengikuti kursus ini beliau hanya mempunyai pengetahuan asas tentang komputer dan internet. Namun setelah mengikuti kursus yang disediakan di Pusat Internet, beliau mampu menguasai penggunaan komputer dan juga internet dengan baik. Melalui pembelajaran ini, ia membolehkan beliau tranformasikan dirinya terus maju ke depan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Beliau hanya mempunyai pengetahuan dan ilmu asas sahaja. Banyak program/aplikasi dalam komputer yang belum diterokai dan dipelajari.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui latihan asas ICT dan aktiviti yang diberikan oleh Pusat Internet, beliau kini mampu menguasai ilmu asas komputer dan internet dengan lebih baik. Di samping itu, beliau juga dapat mempelajari ilmu dan pengetahuan baharu serta mampu aplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian.


