mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK ICT (Q1 2024)

Nama         : Ahmad Solahuddin Bin Alias

Umur          : 15 tahun

Ahli NADI   : 15/12/2018

Latihan       : Bengkel  ICT, ILES, lain-lain

Latar Belakang

Merupakan seorang pelajar Tingkatan 3 di sebuah sekolah agama Pengkalan Chepa dan menetap di Kg Sungai Renyuk Jeli, Kelantan. Mula mendaftar sebagai ahli NADI pada penghujung tahun 2018. Sebelum ini beliau tidak pernah mengikuti mana-mana kursus atau latihan ICT. Merupakan antara pengguna yang aktif dan sering menggunakan perkhidmatan NADI sehinga sekarang. Mula mengikuti latihan dan aktiviti sejak penghujung tahun 2023. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas tentang komputer dan juga internet. Namun setelah mengikuti latihan dan program yang disediakan di NADI setakat ini, beliau mampu menguasai penggunaan komputer dan juga internet dengan sangat baik. Melalui pembelajaran ini, ia membolehkan beliau tranformasikan dirinya terus maju ke depan.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI

Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas komputer & internet. Banyak program/aplikasi dalam komputer yang belum diterokai dan dipelajari.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI

Melalui latihan asas ICT dan aktiviti yang disediakan oleh pihak NADI, beliau kini mampu menguasai ilmu asas komputer dan internet dengan baik. Di samping itu, beliau juga dapat mempelajari ilmu dan pengetahuan baharu serta mampu aplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian.