mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK ICT (Q1 2020)

Nama         : Siti Aisah Binti Mz Rozalan

Umur          : 20 tahun

Ahli PI        : 2013

Latihan      : ILES, e-Rezeki, Lain-lain

Latar Belakang

Merupakan seorang pelajar cemerlang lepasan STPM 2019 yang menetap di Kampung Sungai Renyuk, Jeli. Mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2013 lagi. Merupakan ahli yang aktif dan setia menggunakan perkhidmatan Pusat Internet. Sebelum ini beliau tidak pernah mengikuti mana-mana kursus komputer. Mula mengikuti latihan dan aktiviti di Pusat Internet setelah tamat SPM. Sebelum mengikuti kursus ini beliau hanya mempunyai pengetahuan asas tentang komputer dan juga internet. Namun setelah mengikuti kursus yang disediakan di Pusat Internet, beliau mampu menguasai penggunaan komputer dan juga internet dengan sangat baik. Melalui pembelajaran ini, ia membolehkan beliau tranformasikan dirinya terus maju ke depan.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau hanya mempunyai pengetahuan dan ilmu asas sahaja. Banyak program/aplikasi dalam komputer yang belum diterokai dan dipelajari.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui latihan asas ICT dan aktiviti yang diberikan oleh Pusat Internet, beliau kini mampu menguasai ilmu asas komputer dan internet dengan lebih baik. Di samping itu, beliau juga dapat mempelajari ilmu dan pengetahuan baharu serta mampu aplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian.