|
Nama : Abu Ubaidah Bin Alias Umur : 13 tahun Ahli NADI : 4/02/2019 Latihan : Bengkel ICT, ILES, lain-lain |
Latar Belakang
Merupakan seorang pelajar Tingkatan 1 di Maahad Muhammadi Kota Bharu dan menetap di Kg Sungai Renyuk Jeli, Kelantan. Mula mendaftar sebagai ahli NADI pada bulan Februari tahun 2019. Sebelum ini Abu Ubaidah tidak pernah mengikuti mana-mana kursus atau latihan ICT. Merupakan antara pengguna yang aktif dan sering menggunakan perkhidmatan NADI sehinga sekarang. Mula mengikuti latihan dan aktiviti sejak tahun 2023. Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas tentang komputer dan juga aplikasi internet. Namun setelah mengikuti latihan dan program yang disediakan di NADI setakat ini, beliau mampu menguasai penggunaan komputer dan juga internet dengan sangat baik. Melalui pembelajaran ini, ia membolehkan beliau tranformasikan dirinya terus maju ke depan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI
Beliau hanya mempunyai pengetahuan asas komputer & internet. Banyak program/aplikasi dalam komputer yang belum diterokai dan dipelajari.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan NADI
Melalui latihan asas ICT dan aktiviti yang disediakan oleh pihak NADI, beliau kini mampu menguasai ilmu asas komputer dan internet dengan baik. Di samping itu, beliau juga dapat mempelajari ilmu dan pengetahuan baharu serta mampu aplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian.




