mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK ICT (Q1 2021)

Nama         : Muhamad Amir Safuan Bin Mama

Umur          : 13 tahun

Ahli PI        : 2019

Latihan       : Bengkel  ICT, ILES, lain-lain

Latar Belakang

Merupakan seorang pelajar Tingkatan Satu SMK Jeli 2 dan menetap di Kg Sungai Renyuk, Jeli. Mula mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada bulan September tahun 2019. Sebelum ini beliau tidak pernah mengikuti mana-mana kursus komputer. Mula mengikuti latihan dan aktiviti sejak dari Sekolah Rendah lagi. Beliau tidak mempunyai pengetahuan asas tentang komputer dan juga internet. Namun setelah mengikuti kursus yang disediakan di Pusat Internet setakat ini, beliau mampu menguasai penggunaan komputer dan juga internet dengan baik. Melalui pembelajaran ini, ia membolehkan beliau tranformasikan dirinya terus maju ke depan.

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai pengetahuan asas komputer & internet. Banyak program/aplikasi dalam komputer yang belum diterokai dan dipelajari.

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Melalui latihan asas ICT dan aktiviti yang diberikan oleh Pusat Internet, beliau kini mampu menguasai ilmu asas komputer dan internet dengan baik. Di samping itu, beliau juga dapat mempelajari ilmu dan pengetahuan baharu serta mampu aplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian.