|
Nama : Siti Nourul Aiinatasha Binti Ahamad Umur : 19 tahun Ahli PI : 2013 Produk : Khayla Beauty |
Latar Belakang
Beliau merupakan belia yang bekerja sendiri di Kampung Sungai Renyuk. Merupakan antara pengguna aktif Pusat Internet dan sering mengikuti latihan, program serta aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PI. Beliau mula aktif menjalankan perniagaan sebagai Dropship produk Khayla Beauty ini pada awal tahun 2019 dan aktif sehingga sekarang. Aktif memasarkan produk ini melalui media sosial seperti aplikasi WhatsApp, Instagram, Facebook dan lain-lain. Sambutan yang diterima amat memuaskan dan menggalakkan.. Seorang yang sangat komited dalam setiap sesi pembelajaran demi meningkatkan lagi penguasaan dalam bidang ICT dan juga keusahawanan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Mula mengikuti Latihan Komputer & Internet selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saudari Aiinatasha sebelum ini tidak pernah mengikuti mana-mana latihan ICT secara formal dan hanya mempunyai kemahiran asas sahaja. Beliau mengambil peluang mengikuti aktiviti dan latihan yang ditawarkan oleh pihak PI demi menguasai teknik dan ilmu baharu.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui latihan yang disertai dan juga bimbingan oleh pihak PI Kg Renyuk, beliau kini mahir dalam penggunaan komputer dan internet serta mampu memaksimumkan lagi penguasaan dalam perniagaan melalui platform atau medium baharu seiring dengan perkembangan dan teknologi semasa.

