|
Nama : Wan Ayu Diana Binti Wan Omar Umur : 27 tahun Ahli PI : 2013 Produk : Perfume Viral – Body & Car |
Latar Belakang
Puan Wan Ayu Diana bekerja sendiri dengan menjalankan beberapa perniagaan secara kecil-kecilan seperti agen produk, dropship dan sebagainya. Beliau mula berjinak sebagai agen produk ini pada awal tahun 2018. Beliau mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada penghujung tahun 2013. Merupakan pengguna yang sangat aktif menggunakan perkhidmatan PI. Beliau juga mengikuti beberapa latihan dan bengkel yang ditawarkan oleh PI demi meningkatkan lagi penguasaan dalam bidang ICT dan keusahawanan. Sebelum ini beliau telah menjadi agen bagi beberapa produk yang lain. Bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran dan pendapatan sampingan, beliau mengambil ruang dan peluang yang ada menjadi agen dan menjual produk lain mengikut kehendak pasaran. Seorang yang komited dalam setiap latihan yang disertai demi meningkatkan lagi penguasaan dalam bidang ICT dan juga keusahawanan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Puan Wan Ayu Diana sebelum ini tidak pernah mengikuti mana-mana latihan ICT secara formal dan hanya mempunyai kemahiran asas sahaja. Beliau mengikuti aktiviti dan latihan yang ditawarkan oleh pihak PI demi menguasai teknik dan ilmu baru.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui latihan yang disertai dan juga bimbingan oleh Pusat Internet Kg Renyuk, beliau kini mahir dalam penggunaan komputer dan internet serta mampu meningkatkan lagi penguasaan dalam perniagaan melalui platform atau medium baharu seiring perkembangan dan teknologi semasa.

